Dalam bahasa Dusun terlalu banyak perkataan yang mengandungi huruf vokal 'o'. Antaranya ogumu, osodu, oruol, pogun dan banyak lagi. Perkara ini berbeza dengan bahasa Murut yang banyak mengandungi perkataan yang mempunyai huruf vokal 'a".
Namun perlu diingat bahawa cara penyebutan 'o' dalam bahasa Dusun tidak sama seperti kita menyebut 'o' dalam bahasa Melayu. Perkara ini selalunya menjadi kesilapan dan masalah kepada orang-orang yang bukan berbangsa Dusun ataupun orang yang baru berjinak-jinak belajar bahasa Dusun apabila menyebut perkataan yang mengandungi 'o'.
Sebagai makluman cara menyebut vokal 'o' dalam bahasa Dusun adalah mudah. Kita tidak perlu terlalu membulatkan bibir untuk menyebut 'o'. Cara menyebutnya seakan-akan 'e' taling (bkn 'e' pepet) dalam bahasa Melayu walaupun ia bukanya vokal 'e'. Contohnya...
ogumu - egumu
osodu - esedu
oruol - erual
pogun - pegun
('o' disebut seperti menyebut 'e' taling)
Walau bagaimanapun sebutan 'e' tadi tidak boleh disebut disebut dengan mulut terlalu mendatar. Memadai sekiranya disebut dipertengahan antara 'o' dengan 'e'.
Untuk lebih lanjut lagi boleh disamakan dengan perkataan English di bawah...
Vokal 'o' disebut seakan-akan 'o' dalam perkataan 'work' - kerja bukannya 'walk' - jalan.
Cara penyebutan adalah seperti di bawah...
'work' bunyinya adalah 'wek'
'walk' bunyinya adalah 'wok'
Pendek kata sebutan 'o' adalah seperti dalam bunyi 'uhh'
cuba sebut perkataan di bawah....
'WORK', wuros, wogok, woyoon montiri, gayoh, sodu, soromin, kolibambang, oruol,