Taki = Datuk
Todu = Nenek
Tama = Bapa
Tidi/Tina = Ibu
Taka = Abang/ Kakak
Tadi = Adik lelaki/perempuan
Kamaman = Bapa saudara
Kominan = Ibu saudara
Dalam Dusun klasik, bapa sebenarnya dipanggil sebagai 'tama', tetapi pada zaman modern ini kebanyakan generasi baru lebih cenderung untuk menggunakan perkataan 'tapa'. Namun ini tidak apa kerana bahasa Dusun merupakan bahasa yang progresif, mengalami perubahan supaya ia tidak menjadi bahasa yang mati. Hal yang sama berlaku dalam bahasa Murut, yakni mereka juga pada zaman dahulu memanggil bapa sebagai 'ama', cuma pada zaman sekarang mereka lebih cenderung memanggil bapa sebagai 'apa'.
Begitu juga panggilan untuk abang ialah 'taka'. Tetapi pada zaman sekarang perkataan 'taka' lebih merujuk kepada jantina perempuan. Sebenarnya bahasa Dusun dan bahasa Melayu lama mempunyai persamaan kerana sistem panggilan itu kadang-kadang bersifat 'genderless'. Sebagaimana dalam bahasa Melayu lama perkataan 'kekanda' merujuk kepada abang/lelaki atau kakak/perempuan.
Taki = Aki
Todu = Odu
Tama/tapa = Ama, Apa
Tidi/Tina = Idi/Ina
Taka = Aka
Tadi = Adi
Kamaman = Aman
Kominan = Inan
Dalam pertuturan atau perbualan, harus diingat apabila memanggil ahli keluarga kita perlu memanggil dengan bersopan-santun. Dalam bahasa Dusun, terdapat kecenderungan untuk menggugurkan huruf pertama sebagai contohnya Tama menjadi Ama apabila memanggil bapa dalam perbualan. Apabila kita memanggil anggota keluarga bermula dengan bunyi vokal (a,e,i,o,u), memanggil dengan cara begitu adalah lebih lembut dan sopan. Sebagai contohnya apabila memanggil ibu kita dengan Tidi/Tina, ia agak kasar berbanding jika kita memanggil dengan panggilan Idi/Ina.
Berikut adaalah contoh penggunaan perkataan panggilan keluarga.
Yoti nopo nga tapa ku. ( Dia ialah bapa saya)
Apa nu'o maan nu? (Ayah/abah (mesra) apa ayah buat?)